Pengumuman Khas
Friday, September 25, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Makluman bahawa saya bertukar alamat blog ke sini, effectively immediately.
Terima kasih.
Read more...
مطيع الحق ialah gabungan antara dua kata nama. مطيع berasal daripada perkataan أطاع – يطيع – مطيع bermaksud “taat-orang yang taat”. الحق bermaksud kebenaran. مطيع ialah مضاف (subjek) manakala الحق ialah مضاف اليه (prediket)
Maka, gabungan kedua-duanya membentuk maksud “orang yang taat kepada kebenaran” – nama ini dipilih bersandarkan niat yang dimaksudkan dengan harapan ia menjiwai sifat dan sikap pemilik blog ini, waimma kebenaran datang daripada penjuru mana sekalipun.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Makluman bahawa saya bertukar alamat blog ke sini, effectively immediately.
Terima kasih.
Read more...
Salam ISA,
8 hari sudah berlalu. Bauan tengik kelongsong peluru gas pemedih mata yang sempat saya kutip di jalanan pun sudah hampir hilang dibawa oleh hembusan angin sekitar. Saya tidak memcucinya bagi mengekalkan keaslian bauan. Sengaja membiarkan ia berada dalam keadaan asal. Itulah kelongsong peluru gas pemedih mata yang sering digunakan hingga menyebabkan mata, hidung, tekak pedih. Saya menyimpan kelongsong peluru gas pemedih mata tersebut sebagai tanda ia bukan penghalang untuk menyekat semangat melawan dan bagi mengingati mangsa-mangsa kezaliman akta durjana ISA.
Serikkah mereka untuk berhadapan dengan bedilan kelongsong ini setiap kali keluar berdemonstrasi? Atau berbaloikah ditembak dengan meriam air? Atau dipukul dengan belatan? Atau dikoyakkan baju?
Saya tidak kecewa dengan mereka yang tidak ikut serta demonstrasi. Bahkan, saya amat meraikan dalil-dalil yang diberikan bahawa ia termasuk salah satu hujah yang diberikan ialah demonstrasi tergolong salah satu daripada 7 jenayah besar dalam Islam. Meraikan perbezaan bukan bermaksud menerima pandangan tersebut sebagai hujah tepat.
Bughah melawan Kerajaan UMNO/BN?
Ada juga berhujah bahawa demonstrasi tidak mengikut syara’. Saya pula langsung tidak mampu menunjukkan minat dengan hujahan ini. Daripada mempersoal Islamik atau tidak demonstrasi, tolong legakan hati kami dahulu, ISA ikut syariat mana?
Syarie ke Akta Keselamtan Dalam Negeri/ISA?
Tetapi, untuk menghentam para penentang akta durjana ISA kelihatan tidak begitu harmoni sikapnya.
Menyalahkan mereka kerana kerugian jutaan ringgit dalam perniagaan juga tidak wajar.
Tiada ada satu kenderaan juga dibakar.
Tidak ada satu cermin kedai pula dipecahkan.
Mereka hanya datang dengan fizikal menentang kezaliman dan roh mencintai keadilan. Cuma ada juga yang membawa garam+air. Sejak bila air+garam yang digunakan untuk meneutralkan asid water cannon+gas pemedih mata boleh menyusahkan awam?
Siapa yang melepaskan gas pemedih mata? Siapa yang menyembur siapa dengan air asid?
Mereka beramal (berdemonstrasi) dengan kesedaran ia wajib diperangi, bukan sukarela diperangi.
من رأى منكم منكرا فليغير بيده , فان لم يستطع فبلسانه فان لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان
“Baragsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasanya), sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), sekiranya dia tidak mampu (juga), hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (yakni tidak reda dan benci). Yang sedemikian itu ialah selemah-lemah tahap iman. Tidak ada lagi nilai iman selepas itu walau sebesar biji sawi” - Hadith Riwayat At-Tirmizi
Kita juga perlu memahami bahawa sebenarnya pelbagai inisiatif sudah dibuat dengan pihak Kerajaan berhubung isu ini (do a study what are the steps taken by GMI previously). Tidak pelik untuk melihat kesengsaraan dan penderitaan umat Islam di wilayah bergolak seperti Kashmir yang menjadi rebutan antara Pakistan dan India,atau, Selatan Thai yang berterusan dituntut hak autonomi daripada penduduk di ketiga-tiga wilayah tersebut daripada kerajaan pemerintah. Atau sebagaimana penderitaan umat Islam yang sedang dialami oleh rakyat Palestin yang terjajah di bumi sendiri. Atau sekarang di bumi China, ghur pula turut dizalimi. Peliknya di Malaysia, rakyatnya sendiri diseksa dan diancam dengan pelbagai sekatan bagi mengekalkan kekuasaan pemerintah. Masalahnya, ISA ialah undang-undang ciptaan manusia yang telah dicipta, boleh dipinda atau dimansuhkan. Isunya, bukan tidak boleh tunggu Najib bersama-sama dengan Kabinetnya bermesyuarat meminda akta tersebut, tetapi apakah mereka yang tidak sebulu dengan Kerajaan terus dinafikan hak untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi rakyat tertindas? Bagi Sultan Mizan boleh menilai kedua-dua sudut pandang berhubung isu ini. Mesyuarat Kerajaan (Barisan Nasional) akan membuat sesuatu perkara yang menguntungkan pihak mereka sahaja, berbanding menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Saya juga langsung tidak kecewa dengan dalihan yang mengatakan bahawa jihad bagi golongan pelajar university(mahasiswa) ialah belajar dahulu. Buat apa nak kecewa sebab ia memang betul dan tepat pun. Belajar tinggi-tinggi kemudian berkhidmat kepada masyarakat. Menjadikan diri kompeten dahulu baru beraksi di medan sebenar. Tanggungjawab pelajar universiti memang kepada akademik. Soalnya, adakah tanggungjawab kepada akademik mengecualikan terus tanggungjawab lain pelajar universiti(mahasiswa)?
Cumanya, apa kayu ukur kompeten itu ;
Jika ada, terus terjun dalam dunia ‘realiti’ tanpa melalui ‘latihan’?
Jika ya, mampu dan berkesankah?
Cumanya, saya harap tidak ada yang berkata begini setiap kali kita mendapat seruan melawan kemungkaran.
Waktu di universiti, “saya mahu mendapatkan segulung ijazah dan mendalami sebanyak ilmu dahulu”
Waktu di arena kerjaya, “saya sebenarnya risau jawatan sekarang akan dilucutkan atau paling tidak pun, dihantar ke kawasan pedalaman”
Waktu berumah-tangga, “siapa nanti nak jaga anak isteri saya?”
Waktu pencen, “saya sudah tidak berkemampuan dari segi fizikal andaianya untuk berlari sana-sini”
ومن جاهد فانما يجاهد لنفسه ان ألله لغني عن العالمين
“dan sesiapa yang berjihad, sesungguhnya ganjaran jihad itu adalah untuk diri sendiri. Sesungghunya Allah Maha Kaya daripada mengharapkan satu-satu perkara pun daripada kekayaan sementara alam semesta” - Surah Al-Ankabut, 6
Setiap orang diberikan oleh Allah kekuatan tersendiri. Gunakanlah kekuatan tersebut sebaiknya. Islam datang mengajar kita bagaimana untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan melonggokkan sesuatu sehingga tersumbat isinya. Sebelum Umar Al-Khattab memeluk Islam, beliau terkenal dengan seorang yang cukup bengis. Apabila memeluk Islam, Umar R.A. tidak berubah sifat bengisnya. Tidak menjadi ‘lemah-lembut’ dengan tiba-tiba. Beliau tetap bengis. Cuma, bengisnya digunakan pada jalan dakwah. Bengisnya digunakan untuk menguatkan taring agama. Bengisnya digunakan untuk menggerunkan musuh.
Jangan jadikan alasan kita belum dapat ijazah, maka kita tidak layak bersuara. Ini alasan pengecut yang berselindung di bawah naungan keberkatan ilmu.
Jangan jadikan alasan kena khatam/lancar Al-Quran 30 juzu’ dulu baru nak beramal sepenuhnya dengan ajaran-Nya. Ini alasan orang yang malas membaca/mengulang tetapi mahu berlindung di bawah usaha orang yang tidak lancar tetapi rajin pada usahanya.
Para demonstran berjuang bukan kerana mereka dibayar. Bukan kerana mereka hendakkan nama. Bukan kerana mereka mahu mendapat kenaikan pangkat.
Mereka berjuang untuk kesenangan orang lain juga. Orang lain juga itu janganlah mencaci-mencela mereka pula. Nak saman apatah lagi. Orang lain itu sampai bila nak menumpang tuah orang berjuang?
وان تتولو يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم
“dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka itu (pula) tidak akan (menjadi) seperti kamu” - Surah Muhammad, 38
Kita mewarisi agama daripada keturunan,sedangkan Rasulullah mewariskan agama kepada kita melalui titisan darah dan peluh. Jika dahulu orang tidak cakna pada agama kerana risau akan kesusahan hidup, orang zaman sekarang tidak cakna pada agama kerana hanyut dalam kesenangan hidup?
Bukan salah ibu mengandung, tetapi salah kita yang bodoh sombong.

Buat para tahanan tanpa bicara, ahli keluarga dan demonstran ;
واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغداوة والعشي يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريدون زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا
“dan sabarkanlah diri kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhannya daripada pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya dan janganlah kedua mata kamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya Kami telah lalaikan daripada mengingati Kami dan mereka hanya menurut hawa nafsu masing-masing (sementara) keadaaan itu (pula) adalah amat melewati batas”
أوثق العرى الايمان : الحب في ألله والبغض في ألله
Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta kerana Allah dan marah juga kerana Allah
Salam FRU,
Seminggu lamanya saya memerhatikan apa reaksi akhbar mainstream terhadap isu Demonstrasi Anti-ISA yang berlangsung pada 1 Ogos lepas. Saya hanya senada dengan apa yang diungkapkan oleh Pak Bakaq. Biarkan sahaja gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya. Orang Latin menyebutnya sebagai "res ipsa liquitor"
Salam Tahniah,
Blog ini diwujudkan bagi mengasak minda saya supaya sentiasa cakna dan peka terhadap apa yang berlaku selagi mana nikmat fikiran, tenaga mahupun nyawa masih dipinjamkan
“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir.
Bertuhankan Allah, ada syaratnya. Beragamakan Islam, ada tuntutannya.
© Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP